Hye guys. Nampak tajuk ? Ha, personaliti ni aku copy dari blog orang je. So, tengoklah.
Beberapa hari lepas aku
terserempak dengan status yang dikongsi oleh seseorang kat FB punya
Suapan Berita (News Feed. eh?). Mengenali personaliti diri sendiri
melalui lukisan gambar pokok yang abstrak.
Sebenarnya benda2 macam ni bukan khurafat, ia cuma ujian psikologi. Kadang2 kan kita tak kenal dengan diri sendiri. Jadi melalui ujian2 psikologi macam ni kita boleh kenali diri, ubah mana yang tak baik dan kekalkan mana yang bagus. Eksplorasi diri sendiri. gitu.
Nak cuba? Baik. Sekarang tengok gambar di bawah. Tak payah renung lama2, tengok dalam beberapa saat dan pilih pokok mana yang anda suka. Terpulang....kalau nak satu, satu jelah, lebih pun takpe.
Sebenarnya benda2 macam ni bukan khurafat, ia cuma ujian psikologi. Kadang2 kan kita tak kenal dengan diri sendiri. Jadi melalui ujian2 psikologi macam ni kita boleh kenali diri, ubah mana yang tak baik dan kekalkan mana yang bagus. Eksplorasi diri sendiri. gitu.
Nak cuba? Baik. Sekarang tengok gambar di bawah. Tak payah renung lama2, tengok dalam beberapa saat dan pilih pokok mana yang anda suka. Terpulang....kalau nak satu, satu jelah, lebih pun takpe.
Ok. Dah? Muktamad? Baik, jom baca apa maksudnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nombor 1
Anda
seorang yang pemurah dan bermoral. Anda selalu berusaha membaiki diri.
Bercita-cita besar dan mempunyai standard yang tinggi. Orang lain
mungkin merasakan susah berkomunikasi dengan anda, tetapi bagi anda,
sebenarnya susah untuk anda menjadi diri sendiri. Anda bekerja dengan
sangat kuat tetapi tidak mementingkan diri. Anda bekerja kerana anda
ingin mengubah dunia. Anda berkemampuan untuk mencintai orang sehingga
mereka menyakiti anda. Sekalipun demikian, anda akan masih menyintainya.
Hanya sedikit orang yang dapat menghargai segala yang anda lakukan.
Nombor 2
Anda
seorang yang menyeronokkan dan jujur. Anda sangat bertanggungjawab dan
suka menjaga orang lain. Anda percaya bahawa kita perlu sentiasa
bersikap jujur dalam setiap pekerjaan. Anda mempunyai personaliti yang
baik dan orang akan cepat mempercayai anda. Anda juga bijak serta cepat
berfikir. Sentiasa ada cerita menarik untuk anda kongsikan.
Nombor 3
Anda
seorang yang bijak dan suka berfikir. Anda adalah pemikir yang hebat.
Bagi anda, akal fikiran dan idea adalah sangat penting. Anda suka
berfikir mengenai teori dan pandangan anda berseorangan. Anda juga jenis
orang yang introvert. Anda hanya dapat menyesuaikan diri dengan orang
yang suka berfikir dan belajar seperti anda. Anda juga banyak berfikir
tentang moraliti. Sentiasa cuba melakukan yang elok pada fikiran anda,
sekalipun majoriti menentang anda.
Nombor 4
Anda
seorang yang perseptif dan berfalsafah. Anda unik dan berbeza dengan
orang lain. Anda juga seorang yang mengikut naluri dan aneh sedikit.
Selalu disalahanggap oleh orang lain, dan ianya menyakitkan hati anda.
Anda perlukan ruang untuk diri anda. Kreativiti anda perlu diasah, dan
ianya memerlukan anda menghormati orang lain. Anda adalah orang yang
dapat melihat baik dan buruk dalam hidup dengan jelas. Anda sangat
emosional.
Nombor 5
Anda
jenis yang yakin dan menguasai keadaan. Anda sangat berdikari. Prinsip
hidup anda 'Saua akan lakukan dengan cara saya'. Anda seorang yang
bergantung pada diri sendiri dan tahu bagaimana untuk menjadi tabah pada
diri sendiri dan orang yang anda cintai. Anda cukup tahu apa yang anda
nak dan anda tidak takut untuk mengejar impian anda. Satu perkara yang
anda perlukan dari orang lain ialah kejujuran. Anda juga cukup kuat
untuk menerima kebenaran.
Nombor 6
Anda
seorang yan baik dan sensitif. Orang lain cepat dapat bergaul dengan
anda. Anda mempunyai ramai rakan dan suka membantu mereka. Anda
mempunyai aura yang baik sehingga semua orang gembira untuk berada di
sisi anda. Setiap hari, anda memikirkan cara memperbaiki diri untuk
menjadi lebih baik. Anda mahu menjadi lebih menarik, tersendiri dan
unik. Lebih daripada orang lain di dunia, anda sangat memerlukan cinta.
Malah termasuk mencintai orang yang tidak mencintai anda.
Nombor 7
Anda
seorang yang ceria dan sentiasa gembira. Anda sangat sensitif tetapi
juga sangat memahami. Anda pendengar yang baik dan tahu untuk tidak
bersikap menyebelahi sesiapa. Anda lebih terbuka dengan orang yang baru
anda kenali dan di majlis-majlis. Anda sangat kebal daripada stress dan
sangat jarang untuk merasa bimbang. Kebiasaaannya, anda sentiasa relaks.
Anda sentiasa ada masa untuk berseronok dan tidak hilang tujuan.
Nombor 8
Anda
seorang yang menawan dan bertenaga. Anda seorang yang menyeronokkan dan
tahu untuk membuatkan orang ketawa. Anda sentiasa tenang dan selesa
menjalani kehidupan anda. Anda seorang spontan dan enthusiastic.
Tidak pernah mengatakan tidak kepada cabaran baru. Biasanya anda akan
mengejutkan orang sekeliling anda pada akhirnya. Tetapi, itulah anda.
Sentiasa menjadi diri sendiri. Mempunyai banyak minat dan jika
menunjukkan minat pada sesuatu, anda akan cuba buat dengan sebaik
mungkin.
Nombor 9
Anda
seorang yang optimistik dan bernasib baik. Anda percaya bahawa hidup
adalah satu anugerah dan sentiasa cuba untuk mencapai sebanyak mungkin
dan meletakkan anugerah ini pada tempat yang sepatutnya. Anda sangat
bangga dengan pencapaian anda. Anda juga sentiasa bersedia untuk setia
dengan orang yang anda sayang. Anda mempunyai pendekatan hidup yang
sihat. Anda gunakan sebarang peluang untuk memaafkan, terus belajar dan
membesar kerana anda percaya hidup adalah terlalu pendek untuk
membiarkan ianya berlalu begitu sahaja.
Haa....sekarang korang dah tahu, mesti patah balik dan tengok lagi...'mana lagi gambar pokok yang aku suka??'...kan?
Sukati la. best kan mengenali diri sendiri? haha ok poyo maaf.
No comments:
Post a Comment