Monday, March 24, 2014

Hidayah ! Tarbiyah !

Membeli rambutan di Kampung Durian,
   Pergi dengan berjalan kaki;
Assalamualaikum ana ucapkan,
   Kepada pembaca yang disayangi.

Ceh, start dengan pantun tuh. Haha. Bosan sebenarnya. Tengah tunggu one piece direload. Malas nak download, kalau laptop sendiri bolehlah nak download. Tapi ni laptop my mum, so just watch online jelah. Hmm. Di saat sepupu sepapak ku bercuti cuti Malaysia di Gambang, aku kat rumah je. Makan minum tidur solat buat homework jaga adik dan banyak lagi. Yang pasti, duduk kat rumah, nak buat macam mana, parents aku tak bagi permission pergi Gambang sekali, walaupun diajak.

Perenggan pertama takde kena mengena dengan tajuk sebenarnya. Tajuk apa eh kat atas ? Tarbiyah ? Hidayah ? Hmmm, kita nak tarbiyah orang bukannya mudah, tapi tak mustahil. Kalaulah mustahil, takkan ustaz Azhar Idrus berjaya buat Dadu dan Muiz insaf - walaupun ianya hanyalah lakonan (UMTAD). Tapi, kita taktau maybe kat luar sana ada yang insaf because of UAI. Not because of UAI 100%, it because of Allah. Tapi, akan ada something yang membuatkan kita berubah.

Lawaklah kalau kita cakap yang kita ni tak pernah buat salah. Kan ? Siapa kat sini yang tak pernah buat salah ? Aku belanja KFC. Takde kan ? And mesti kawan kita, zda yang jenis degil. Kalau kita bagi nasihat sikit, nak melenting. Kita kena bersabar. Perangai manusia ni berbeza. Ada yang jenis cepat melenting, ada yang tak melenting, tapi bercakap belakang lepas tu.

_Situasi 1_
Fatimah: Aina, kau tak pakai handsock la. Nampak lengan kau. Pakailah handsock.
Aina: Suka hati aku lah, mak aku tak pernah tegur aku, asal kau nak tegur ?

_Situasi 2_
Nurul: Kau tak pakai stokin, aurat tu.
Nur: Okeh, nanti aku pakai.
Nur: Asal dia nak tegur aku ?
Nurin: Asal ? Dia tegur kau apa ?

Ha, situasi 1 tu, jenis yang cepat melenting. Yang kedua pulak, jenis yang suka bercakap belakang, atau lebih dikenali sebagai mengumpat. Kita nak tarbiyah orang, kita kena pandai buat ayat.
Contoh: Aku tegur kau sebab aku sayang kau. Mak kau hantar kau ke sini maybe nak suruh kau jadi better than her. Dia taknak kau jadi macam dia. Maybe kau boleh jadi sebab dia masuk syurga nanti. Anak solehah. Satu lagi, aku taknak kau tarik aku masuk neraka. Aku nak kita dua dua masuk syurga.

So, ingat. Nak tarbiyah orang bukannya senang, tapi tidak mustahil. Kalau dia cakap "Belum dapat hidayah lagilah / Hidayah tak sampai lagi", jawab macam ni "Hidayah memanglah datang sendiri, tapi kita kena berusaha dahulu sebelum dia datang. Kalau kita tak berusaha, macam mana dia tak datang. Kita taknak jumpa dia, buat apa dia nak datang ?" Tu contoh jawapan lagi. So guys, setakat tu je kot. Sambung one piece, hehe. Kbye. Assalamualaikum ^^

1 comment: