Thursday, March 27, 2014

Balik maktab ! And Mengumpat :)

Hello guys. Assalamualaikum :) How's semua ? Bagi yang bergelar pelajar tu, homework dah siap belum ? Haha. Aku ? Usah ditanya in dong. Belum. Enggak sia lagi. Eh ? Sejak bila aku jadi orang Indonesia ? Hoho. Ohya, kalau aku tengok, pelajar zaman sekarang terutamanya pelajar kota putra - okay, ni maktab aku lagi lagi, batch form 3 14' suka sangat tangguh kerja. 2 3 hari nak balik maktab lah baru nak sentuh, termasuk aku okay. Aku mengaku. Sikap sejak azali. Tapi dulu, aku sehari sebelum or semalam sebelum baru tengok. Masa primary school lah.

Alamak. Dah masuk hari Jumaat lah. Taknak balik maktab. Taknak ! Taknak ! Taknak ! Tolongggggggg ! Haha. Siapa nak tolong aku pagi pagi buta macam ni ? Redho je lah. Perjalanan ana belum selesai di MRSM Kota Putra. Bersabarlahhh ~~~~ Haha. Okay, stop Anis Madihah. Wake up. Sebenarnya, aku taktau nak tulis apa malam ni, tu yang dah jadi a bit crazy. Hehe. Tulis apa ? Tulis apa ? Story ? Takde story menarik bro nak share.

Ha, okay dapat dah. Aku nak bercakap tentang mengumpat lah. Mengumpat ni adalah dari jenis bahasa ialah bercakap buruk. Dari segi istilah pula bermaksud sejenis percakapan yang dilontarkan oleh seseorang kepada teman-temannya mengenai keburukan seseorang. Paham ? Aku tktau betul ke tak sebenarnya ayat yang aku buat tu Main bedal je. Seriously, korang mesti tau maksud mengumpat kan ? Aku tak payah nak bagitau sangat sebenarnya, Korang dah masyi.

Hoho. Masyi, Mengumpat ni berdosa. Seperti yang kita tau, mengumpat ni dosa dia ibarat kita memakan daging hamba kita sendiri. Ha, besarnya dosa mengumpat nih. Tu sebab Allah larang sangat kita ni mengumpat. Tapi, ramai sekarang especially perempuan selalu je mengumpat. Termasuk aku jugak, aku mengaku. So, bersama sama lah kita musahabah diri supaya kita tidak mengumpat. Untuk elak mengumpat, selalulah istighfar, supaya tak selalu bercakap buruk tentang orang.Kita jaga aib orang, Allah jaga aib kita. Ingat tu. So, good nite. Assalamualaikum dari blackforest ^^

No comments:

Post a Comment