Tuesday, October 15, 2013

Tumpang Sedih !

Alhamdulillah, ada jugakk kawan aku yang tumpang sedih atas dugaan yang menimpa aku, walaupun, aku yang pergi mencari masalah ni.. Ye ah, ayat yang dia bagi tu, aku ingat satu persatu.. Ejaan dia tak la.. Dah le sekarang ni, lagu yang telah bermain dalam blog aku ni mengingatkan aku tentang dia.. Memang aku tengah tulis dalam kesedihan mengingat dia ni..

Semalam, aku chat dengan tukang penghantar masterpiece tu.. Dia tumpang sedih.. Bila dia tau je apa ayat kawan dia bagi, ayat dia berbunyi macam ni, "waa..kesat air mata mu itu..jgn ditangisi tidak berlagu.. mmg skit ditusuk sembilu" Hhaha, nak tergelak aku baca, walaupun masa tu mata aku tengah bergenang.. Siapa tak sakit hati dapat ayat macam itu.. Macam macam response kawan aku bila baca ayat yang dia bagi.. Sorang "Kurang ajar gile" Ada yang tak percaya dia akan balas macam tu.. Ye ah, aku pun tak percaya sampai macam tu sekali.. Kalau ye pun, reject lah aku lembut lembut.. Ni tak, ayat pedas nak mampus.. 

Mungkin Allah tak izinkan aku bagi kertas tu hand by hand hari tu, tak sempat nak kejar, sebab Dia tau hati aku mesti terluka gile.. Sebabnya, dia koyak kertas tu depan mata tukang pernghantar tu.. Kalau aku bagi sendiri, memang berkecai tak boleh nak sambung balik hati aku ni.. Koyak depan mata aku ? Memang aku akan menangis depan mata dia.. Kat situ jugakk aku menangis.. Kesah apa aku, kalau dia nak anggap aku manja ke apa time tu.. Nampak sangat tak reti nak jaga hati perempuan..

Ya Allah, terima kasih kerana pertemukan aku dengan dia.. Mungkin ada hikmahnya Kau bagi dugaan sebegini rupa.. Aku mesti boleh menghadapinya.. Kerana Kau tak akan bagi ujian yang melebihi kemampuan hambaMu, ya Allah.. Terima kasih, aku bersyukur, ya Alllah :')

No comments:

Post a Comment