Tuesday, October 15, 2013

Tumpang Sedih !

Alhamdulillah, ada jugakk kawan aku yang tumpang sedih atas dugaan yang menimpa aku, walaupun, aku yang pergi mencari masalah ni.. Ye ah, ayat yang dia bagi tu, aku ingat satu persatu.. Ejaan dia tak la.. Dah le sekarang ni, lagu yang telah bermain dalam blog aku ni mengingatkan aku tentang dia.. Memang aku tengah tulis dalam kesedihan mengingat dia ni..

Semalam, aku chat dengan tukang penghantar masterpiece tu.. Dia tumpang sedih.. Bila dia tau je apa ayat kawan dia bagi, ayat dia berbunyi macam ni, "waa..kesat air mata mu itu..jgn ditangisi tidak berlagu.. mmg skit ditusuk sembilu" Hhaha, nak tergelak aku baca, walaupun masa tu mata aku tengah bergenang.. Siapa tak sakit hati dapat ayat macam itu.. Macam macam response kawan aku bila baca ayat yang dia bagi.. Sorang "Kurang ajar gile" Ada yang tak percaya dia akan balas macam tu.. Ye ah, aku pun tak percaya sampai macam tu sekali.. Kalau ye pun, reject lah aku lembut lembut.. Ni tak, ayat pedas nak mampus.. 

Mungkin Allah tak izinkan aku bagi kertas tu hand by hand hari tu, tak sempat nak kejar, sebab Dia tau hati aku mesti terluka gile.. Sebabnya, dia koyak kertas tu depan mata tukang pernghantar tu.. Kalau aku bagi sendiri, memang berkecai tak boleh nak sambung balik hati aku ni.. Koyak depan mata aku ? Memang aku akan menangis depan mata dia.. Kat situ jugakk aku menangis.. Kesah apa aku, kalau dia nak anggap aku manja ke apa time tu.. Nampak sangat tak reti nak jaga hati perempuan..

Ya Allah, terima kasih kerana pertemukan aku dengan dia.. Mungkin ada hikmahnya Kau bagi dugaan sebegini rupa.. Aku mesti boleh menghadapinya.. Kerana Kau tak akan bagi ujian yang melebihi kemampuan hambaMu, ya Allah.. Terima kasih, aku bersyukur, ya Alllah :')

Monday, October 14, 2013

Happy ?

 
Macam mana perasaan anda apabila dikecewakan ? Sedih kan ? Semua benda ada.. Aku dipanggil gedik, gatal.. Takpe. Tak kesah.. Kalau tu yang awak tafsirkan diri saya, Alhamdulillah. Mungkin kata-kata awak yang mendalam sehingga membuatkan hati saya terluka yang tak pernah terluka sampai macam ni sekali akan mengubah saya kepada yang lebih baik. Terima kasih..

Wahai kawan, maafkan aku kalau aku dah tak jadi happy seperti dulu.. Tak suka bergelak ketawa macam dulu.. Dah tak suka buat kerja gila seperti dulu.. Dah tak kejar orang.. Dah tak cari publisiti murahan.. Dah tak ketawa sakan bila cakap pasal lelaki.. Dah tak suka menguntumkan senyuman kepada orang.. Dan kalau aku dah tak macam dulu lagi.. Maafkan aku !!!

Ada 3 minggu sebelum dia keluar dari kopu.. Aku akan cuba lupakan dia.. Tapi, aku akan ingat selalu ayat dia. Biarlah gambar dia ada dalam blog ni.. Biar aku ingat dia.. Sampai bila-bila.. Ada lagu yang akan membuatkan aku teringatkan dia.. Ya Allah.. Sungguh besar dugaanMu ini.. Salah aku.. Salah aku..

Huaaaaaaaa !!! Menangis tak berlagu dah !! Apa nak jadi.. Nak buat macam mana.. Takdir aku.. Dugaan aku.. Terima kasih, ya Allah.. Atas dugaan Kau kali ni.. Mungkin ada hikmah disebaliknya kenapa Kau bagi dugaan ini kepada hambaMu ini :')

Sunday, October 13, 2013

Serik !

 
 
 
Finally, aku dah dapat response dia. Aku dah expect apa dia punya jawapan, tapi tak lah sampai macam ni sekali. Letih dah aku menangis sebab kau, tau tak ? Teringatkan kau, menangis. Anis Madihah, dah la keluarkan air mata sebab dia. Aku dah serik aku dah serik.

Dia orang ketiga yang telah membuka hati aku, tapi, dialah orang pertama yang membuatkan aku buat kerja gila. Dialah orang pertama yang buat aku sakit hati gila. But, what to do. Dia yang betul. Aku yang salah. Betul dia sebab menyampah dengan aku, benci aku. Siapa suruh aku buat kerja gila. Padan muka aku, dahtau dia tu jenis tak layan perempuan. Salah aku..

Aku dah serik. Aku serik dah bukak hati aku ni. I don't want to open my heart again. Cukuplah dia orang terakhir yang membuka hati aku sehingga aku ada talian yang sah. Aku dah tak sanggup nak dikecewakan lagi. Cukuplah hati aku yang ini terluka, menangis sebab dia. Cukuplah. Tolonglah, janganlah terbuka sekali lagi. Maafkan aku, hati sebab buat kau terluka lagi T_T :'''(